KEMAHIRAN GENERIK
KEMAHIRAN ICT
Tuesday, 26 September 2017 • September 26, 2017 • 0 comments

dimuat naik oleh : liyana

Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )

Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan.

Seterusnya, jika pengetahuan   untuk menggunakan komputer ada tetapi  tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyak impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya, seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.selan itu, menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global.

1.2 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)

Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer. 

Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.

Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion kepelajaran. Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan pelajar-pelajar menpelajarskannya. Oleh itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan.

KEMAHIRAN KEPIMPINAN
• September 26, 2017 • 0 comments

AMALKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN

dimuat naik oleh : syuhada

v  Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
v  Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
v  Kebolehan untuk memimpin projek.
v  Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.
v  Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan

Nota Ciri Pemimpin Karismatik

Soalan: Sejauh mana sifat pemimpin karismatik membantu kecemerlangan pentadbiran organisasi dari aspek 'teamwork'. Bincangkan.
Definisi Karisma
•Daya penarik yang berupa sifat- sifat tertentu yang dimiliki oleh seseorang yang menjadikannya berupaya mempengaruhi orang lain.
•Sebuah bentuk pengaruh yang bukan didasarkan pada tradisi atau otoriti formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa (Max Weber, 1947).
•Suatu hasil persepsi para pengikut yang dipengaruhi oleh kemampuan-kemampuan semulajadi dan perilaku daripada para pemimpin dalam konteks situasi kepemimpinan dan dalam keperluan individual mahupun kolektif para pengikut (Yukl, 1994:269).

Ciri-ciri Penting lain bagi seorang Ketua
1. Berpengetahuan
ü  Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan , seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.
ü  Himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.
ü  Contoh : berpengetahuan teknologi
ü  Pemimpin boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya, dan bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja kompleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.
ü  Menggunakan akal kebijaksanaan.

2. Pendorong
ü  Untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi, seseorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada pekerjanya.
ü  Sebagai usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik
ü  Gelagat/ sikap yang ada pada pekerja boleh dikesan dan dikenalpasti oleh pemimpin.
ü  Model oleh Abraham Maslow – “tingkat kehendak Maslow”: meletakkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai peringkat tertentu.

3. Nilai dan etika
ü  Untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika- merumus, memperjelas and menghayati budaya kecemerlangan di dalam organisasi.
ü  Perlu peka menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan serta budaya cemerlang.
ü  Pemimpin perlu merangka panduan nilai dan etika supaya dapat membawa organisasi ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan.
ü  Pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat.

4. Kesilapan dalam kepimpinan
ü  Adalah suatu kesilapan sekiranya seseorang pemimpin itu melibatkan diri secara langsung dengan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab orang di bawahnya. Ini menyebabkan mereka kurang menghormatinya.
ü  Mengeluarkan arahan yang tidak dijelaskan terlebih dahulu. Cara yang paling sesuai ialah membincangkan setiap arahan yang ingin dikeluarkan terlebih dahulu dan meminta pendapat pendapat ahli kumpulan.
ü  Memaksa orang-orang bawahan untuk taat kepada seseorang pemimpin, kerana ini boleh menjejaskan inisiatif mereka.

Kesimpulan
       Selain peranan daripada faktor-faktor lain dalam mencapai matlamat organisasi, kepimpinan karismatik merupakan unsur dalaman yang menjadi faktor utama ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.
       Kejayaan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi
       Akhir kata, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
• September 26, 2017 • 0 comments



Definisi dan Konsep Komunikasi

dimuat naik oleh : salwa

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Proses komunikasi melibatkan 5 langkah. Iaitu:




Model-model Komunikasi
v  Komunikasi Linear
-          Merupakan satu komunikasi satu hala iaitu pengirim menghantar mesej kepada penerima.
-          Penerima tidak memberi maklumbalas.
-          Bising dan gangguan boleh menggnggu komunikasi ini.

v  Komunikasi Interaksional
-          Komunikasi dua hala antara penghantar dan penerima mesej.
-          Maklumbalas berlaku melalui bentuk verbal dan bukan verbal
-          Pengirim dan penerima bergilir untuk menghantar mesej.

v  Komunikasi Transaksional
-          Merupakan komunikasi secara berterusan diantara pengirim dan penerima mesej.
-          Pengirim dan penerima berkomunikasi secara serentak.                                               


Kepentingan Kemahiran Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi perlu dikuasai bagi memudahkan seseorang mendapat kawan dan diterima
dalam masyarakat. Walaubagaimanapun kita perlu mengetahui latar belakang dan konteks sesuatu situasi
dan keadaan sebelum melakukan komunikasi. Ini adalah penting untuk mendapat satu komunikasi yang
berkesan.

    1.  Hubungan Insan (Kemasyarakatan)
  • Perbezaan budaya sering menjadi faktor penghalang untuk melakukan komunikasi jika terdapatdua orang yang berasal dari latar belakang budaya yang berbeza.
  • Pemahaman dan kaji selidik berkaitan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau kaum memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan betul.
  • Pemahan psikologi iaitu pengatahuan tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku adalah penting selain kemahiran berkomunikasi didalam hubungan insan. 
    1. 2. Akademik
  • Amat penting bagi seseorang mahasiswa untuk berhubung dengan para pensyarah khususnya untuk menyiapakn tugasan kursus (exciment). Ianya meliputi penguasaan dalam penulisan dan juga lisan.
  • Contoh :
  1. Mahasiswa tidak boleh menggunakan bahasa rojak dan bahasa slanga apabila berkomunikasi dengan pensyarah atau menggunakan khidmat pesanan ringkas(SMS) untuk menghubungi pensyarah.
  2. Mahasiswa perlu mengusai teknik  penulisan akademik, penulisan saintifik atau penulisan ilmiah untuk menyiapkan laporan dan esei bagi menghasilkan kerja yang berkualiti untuk diserahkan kepada pensyarah.
  3. Tugasan secara individu memaparkan kebolehan bekerja sendirian dan tugasan berkumpulan melatih mereka berkomunikasi dengan orang lain, bersabar, bersifat kepimpinan dengan ahli kumpulan.
          3. Kerjaya
  • Perlu pandai mencari peluang kerjaya berdasarkan bidang pengajian, kelulusan dan kebolehan diri sendir.
  • Mencari peluang kerjaya melalui pelbagai sumber seperti suratkhabar, internet  dan sebagainya.
  • Menghasilkan  sebuah  “curriculum vitae” atau resume yang bagus  seperti maklumat peribadi, kemahiran sampingan dan latar belakang kelayakkan akademik. Mahir berkomunikasi semasa ditemuduga seperti menjawab soalan yang ditanya dengan tenang dan mengikut kehendak soalan. Menguasai bahasa lain terutamanya bahasa inggeris.
  • Apabila telah bekerja, perlu mengusai kemahiran berkomunikasi di alam maya. Mahir mencari maklumat (google and yahoo), penggunaan laman social (facebook, twitter) dan lain-lain.
  • Beretika ketika melakukan komunikasi terutamanya didalam penulisan  seperti memfitnah, menghina dan meniru kerja orang lain.
Komponen Komunikasi




Jenis-jenis Komunikasi



KOMUNIKASI BUKAN VERBAL
  • Komunikasi ini sering berlaku secara serentak dengan komunikasi lisan. Terdapat beberapa aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal seperti berikut :


Ekspresi Wajah :
Boleh membantu komunikasi lebih berkesan. Ianya mencerminkan perasan dan emosi seseorang.

Pandangan mata :
Merupakan isyarat ilmiah. Dengan adanya pandangan mata semasa berkomunikasi, dapat menunjukkan kita menghargai dan focus dengan perbualan tersebut.


Sentuhan :
Mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih sayang atau simpati dapat ditonjolkan melalui sentuhan


Gaya Tubuh dan Gaya Berjalan :
Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi diri. Posisi tubuh dan gaya berjalan mencerminkan emosi, konsep diri dan tahap kesihatan seseorang.


Gerak isyarat :
Seperti menggerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara.


Proksemik :
Berkaitan penggunaan ruang. Jarak berkomunikasi menggambarkan tahap keakraban diantara komunikator.


Artifak :
Bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain

Komunikasi Bertulis :
Aktiviti merakan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambing-lambang bertulis atau grafik. Bertujuan untuk menyalurkan mesej, berhubung atau berkongsi maklumat. Ianya kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.


Bentuk-bentuk Komunikasi
  •  Intrapersonal
  • Interpersonal
  •  Komunikasi Berkumpulan
Melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi didalam suatu kumpulan besar. Ianya melibatkan beberapa proses seperti perundingan, pembahagian tugas, berkongsi maklumat dan menyelesaikan masalah.

  •  Komunikasi Organisasi
Rumit kerana melibatkan jumlah ahli yang sangat besar dan memerlukan protokol yang tertentu.
        Arah aliran komunikasi :


  •     Komunikasi Awam
- Melibatkan seorang komunikator dengan sejumlah pendengar(khalayak)
Bentuk-bentuk Pengucapan Awam
       
 Bersifat Informatif :
        Khalayak didedahkan dengan maklumat semasa atau kemahiran baharu. Pengucapan 
        awam  berbentuk ini biasanya berlaku di kampus universiti, ceramah agama di masjid, 
        kempen keselamatan dan bengkel  kemahiran.
       
 Bersifat Persuasif  :
        Bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah sikap khalayak. Pengucapan ini biasanya 
        di dalam ceramah parti politik atau kempen untuk mempromosi barangan oleh sesebuah syarikat.

 - Jenis-jenis Pengucapan Awam
    
    Spontan
        Tanpa pesediaan. Mudah dibuat oleh pemidato yang berpengalaman dan sebaliknya
       
 Ekstemporan
        Nampak seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia lebih awal 
        dengan kandungan ucapan dan sebagainya. Nota ringkas sebagai rujukan atau mempunyai 
        daya ingatan yang tinggi semasa menyampaikan ucapan.
       
Manuskrip
        Ucapan dibuat melalui pembacaan manuskrip. Kadeah ini biasanya digunakan oleh orang  
        kenamaan  seperti Perdana Menteri, Sultan dan sebagainya.
       
Hafalan
        Biasanya ucapan sebegini ringkas bertujuan untuk melayan khalayak. Ianya lebih
        bersifat pengacaraan seperti pada majlis hari jadi dan perpisahan.


  •     Komunikasi Silang Budaya
- Komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang budaya yang pelbagai
- Halangan yang biasa berlaku

  •     Komunikasi Berasaskan Teknologi


Penggunaan Laras Bahasa

Merupakan penggunaan variasi bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu berdasarkan konteks  dan situasi. Ianya berubah mengikut situasi, peserta dan tujuan komunikasi.
  •     Jenis-jenis Laras Bahasa
1. Biasa/umum
     Tidak menggunakan bahasa yang formal atau istilah khusus kerana tidak berkaitan dengan bidang ilmiah. Mudah difahami dan tiada istilah teknikal. Ayat digunakan pendek, ringkas dan tidak mengikut tatabahasa.

2. Ilmiah
   Merangkumi bidang ilmu seperti sains, teknologi, matematik dan lain-lain. Ianya bersifat formal, menggunakan istilah dan format mengikut bidang yang dipelajari.
    Contoh : Simbol-simbol khusus dalam pengiraan dalam bidang matematik.Istilah sains dan bahasa teknikal di dalam bidang sains.

3. Agama
   Banyak mengandungi istilah agama kerana banyak melibatkan  wacana agama. Contohnya laras bahasa dalam teks kudus, laras agama perlu digunakan seperti bahasa Arab dalam Al-Quran tidak sama dengan laras bahasa Arab umum.

4. Undang-undang
   Penggunaan istilah-istilah perundangan biasanya dipinjam dari bahasa latin dan inggeris seperti defendan, plantif, prosiding, melafide dan lain-lain.

5. Sastera
     Berbentuk puitis, dramatik, naratif dan deskriptif. Mengandungi mesej tersirat seperti kiasan, peribahasa, personafikasi, metafora atau perlambangan. Kadang kala turut tidak mengikut peraturan tatabahasa.




Kemahiran kerja berkumpulan
• September 26, 2017 • 0 comments

dimuat naik oleh : liyana

Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.
· Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
· Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
· Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
· Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
· Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan

KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
1.     Kebolehan membina kerja berpasukan untuk mencapai objektif yang sama. (bina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka)
2.      Kebolehan untuk menjadi pemimpin dan pengikut.
3.      Kebolehan menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain.
4.      Kebolehan menerima kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan
5.  Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
6.      Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
7.      Berkebolehan membantu rakan-rakan lain secara proaktif


Budaya Kerja Berpasukan Dalam Organisasi
ü  Membina pasukan yang mantap sangat penting bagi sesebuah organisasi
ü  Pasukan yang mantap dapat menyumbang kepada produktiviti dan perkhidmatan yang berkualiti sesebuah organisasi.
ü  Budaya kerja adalah cara kerja yang berdasarkan suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap staf dalam organisasi
ü  Nilai ialah sesuatu yang dipegang oleh organisasi itu, ia diterima oleh seluruh masyarakat dalam organisasi itu. Jika apa yangdipegang oleh organisai itu adalah Baik, maka nilai itu adalah baik atau positif. Jika tidak ia dianggap tidak baik atau negatif dan akan ditolak.
ü  Jumlah kesemua nilai yang diamalkan / dihayati dalam kerja kita itu dikatakan budaya kerja.



DEFINISI KERJA BERPASUKAN
SUASANA KERJA DALAM PASUKAN YANG MENGAMALKAN PENDEKATAN PENGLIBATAN BERSAMA, PERKONGSIAN IDEA DALAM MENCAPAI SATU MATLAMAT YANG SAMA
BAGAIMANA MEMBENTUK PASUKAN
ü  Setiap orang dianggap sama penting dengan setiap orang lain
ü  Setiap keputusan dibuat berdasarkan syura
ü  Sifat percaya mempercayai, hormat menghormati sentiasa wujud di kalangan setiap anggota organisasi
ü  Setiap orang diberikan kebebasan untuk menggunakan kreativitinya, kemampuanya, kepakaranya, kehandalannya, kelebihanya untuk menghasilkan kerja dengan cara tersendiri
ü  Sentiasa wujud suasana mesra antara ahli kumpulan
ü  Masing-masing bangga dengan hasil kerja pasukan, bangga dengan pencapaian organisasi

FAEDAH KERJA BERPASUKAN
ü  Memupuk kebolehan berkomunikasi , kemahiran mengurusdan kemahiran memimpin di kalangan pekerja
ü  Mendorong dan membantu memperkembangkan sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu dikalangan
ü  pekerja
ü  Melahirkan perasaan bangga dan minat untuk meneroka idea-idea baru dan kesediaan menerima perubahan di
ü  kalangan pekerja,
ü  Melahirkan pekerja yang berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kolektif dan sistematik terutama perkara-perkara yang membabitkan kerja mereka sendiri,
ü  Memberi peluang dan kesempatan kepada pekerja menyertai proses membuat keputusan terutama perkara perkara yang membabitkan kepentingan dan tugas-tugas harian mereka
ü  Mengurangkan krisis dan konflik dan mewujudkan suasana harmoni dan selesa


ELEMEN KEMAHIRAN GENERIK
Monday, 25 September 2017 • September 25, 2017 • 0 comments

dimuat naik oleh : salwa
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Menurut Kamarudin Husin (2003), berkomunikasi adalah proses memberi makna-makna tertentu dalam bentuk dua hala yang melibatkan interaksi minda melalui proses perbincangan, persembahan dan perbahasan.

TUJUAN KOMUNIKASI
- Untuk menyampaikan mesej dan maklumat
- Pelajar mendapat kecekapan linguistik serta dapat berkomunikasi secara teratur melalui aktiviti-aktiviti perbincangan, persembahan dan hal ini dapat memupuk keyakinan diri.

KEMAHIRAN KERJA BERKUMPULAN

- Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
- Kerja berpasukan boleh diterapkan dalam p&p melalui aktiviti berkumpulan dan aktiviti   kokurikulum.

KEMAHIRAN KEPIMPINAN


- Husin @ Ibrahim Mamat (2007) menyatakan bahawa kepimpinan ialah perlakuan yang boleh              menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dengan cara-cara tertentu
- Kepimpinan lebih berkesan jika pengikut mempunyai nilai dan inspirasi yang sama dengan           pemimpin

KEMAHIRAN ICT

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga dalam bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran ICT dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran serta mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN
• September 25, 2017 • 0 comments

KEMAHIRAN GENERIK
dimuat naik oleh : syuhada


Pada arus kemodenan kini, kemahiran generik lebih popular dikenali dengan nama kemahiran insaniah telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan penyelidik di serata dunia. Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran generik berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan.



Kemahiran generik ini telah turut dibincangkan di semua peringkat sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun institusi pendidikan tinggi. Menurut Lukman (2005), IPTA yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran lain termasuk kepimpinan, kemahiran komuniksi , nilai murni dan sebagainya.


Menurut Sharifah Hapsah (2005), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat. Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) pula meletak standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi 
• kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan 
• kemahiran interpersonal dan berkomunikasi 
• kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
• kemahiran kepimpinan, 
• kemahiran berkumpulan

Kemahiran generik yang disebutkan juga termasuklah kepada bakal para guru yang akan menjadi agen sosialisasi dalam masyarakat. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar. Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran–kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Ahmad (2005) dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan, perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik, seperti, kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik. 

Universiti Teknologi Malaysia (2007), juga telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya termasuklah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian mereka. Antara kemahiran tersebut adalah;
- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masala
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Etika dan Moral Profesional
- Kemahiran Kepimpinan

Kemahiran dan pengetahuan yang wujud pada guru menjadikan mereka guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Penegasan ini dapat dilihat dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006) yang menyatakan peranan pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.



Selamat Datang ke blog kami. Blog ini disediakan oleh SALWA MOHD SYUKRI, NUR LIYANA ATHIRAH RASID dan SITI NOOR SYUHADA MOHD NOOR. Blog ini berkaitan KEMAHIRAN GENERIK(GKB 1053) bold italic underline strike

GKB 1053 Biodata Inilah Kami MAKLUMAT TAMBAHAN


Put your cbox code here ! :)


Owner: CEMPAKA