dimuat naik oleh : syuhada
v Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
v Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
v Kebolehan untuk memimpin projek.
v Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.
v Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan
Nota Ciri Pemimpin Karismatik
Soalan: Sejauh mana sifat pemimpin karismatik membantu kecemerlangan pentadbiran organisasi dari aspek 'teamwork'. Bincangkan.
Definisi Karisma
•Daya penarik yang berupa sifat- sifat tertentu yang dimiliki oleh seseorang yang menjadikannya berupaya mempengaruhi orang lain.
•Sebuah bentuk pengaruh yang bukan didasarkan pada tradisi atau otoriti formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa (Max Weber, 1947).
•Suatu hasil persepsi para pengikut yang dipengaruhi oleh kemampuan-kemampuan semulajadi dan perilaku daripada para pemimpin dalam konteks situasi kepemimpinan dan dalam keperluan individual mahupun kolektif para pengikut (Yukl, 1994:269).
Ciri-ciri Penting lain bagi seorang Ketua
1. Berpengetahuan
ü Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan , seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.
ü Himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.
ü Contoh : berpengetahuan teknologi
ü Pemimpin boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya, dan bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja kompleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.
ü Menggunakan akal kebijaksanaan.
2. Pendorong
ü Untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi, seseorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada pekerjanya.
ü Sebagai usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik
ü Gelagat/ sikap yang ada pada pekerja boleh dikesan dan dikenalpasti oleh pemimpin.
ü Model oleh Abraham Maslow – “tingkat kehendak Maslow”: meletakkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai peringkat tertentu.
3. Nilai dan etika
ü Untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika- merumus, memperjelas and menghayati budaya kecemerlangan di dalam organisasi.
ü Perlu peka menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan serta budaya cemerlang.
ü Pemimpin perlu merangka panduan nilai dan etika supaya dapat membawa organisasi ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan.
ü Pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat.
4. Kesilapan dalam kepimpinan
ü Adalah suatu kesilapan sekiranya seseorang pemimpin itu melibatkan diri secara langsung dengan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab orang di bawahnya. Ini menyebabkan mereka kurang menghormatinya.
ü Mengeluarkan arahan yang tidak dijelaskan terlebih dahulu. Cara yang paling sesuai ialah membincangkan setiap arahan yang ingin dikeluarkan terlebih dahulu dan meminta pendapat pendapat ahli kumpulan.
ü Memaksa orang-orang bawahan untuk taat kepada seseorang pemimpin, kerana ini boleh menjejaskan inisiatif mereka.
Kesimpulan
• Selain peranan daripada faktor-faktor lain dalam mencapai matlamat organisasi, kepimpinan karismatik merupakan unsur dalaman yang menjadi faktor utama ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.
• Kejayaan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi
• Akhir kata, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.