KEMAHIRAN ICT
Tuesday, 26 September 2017 • September 26, 2017 • 0 comments dimuat naik oleh : liyana Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan. Seterusnya, jika pengetahuan untuk menggunakan komputer ada tetapi tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyak impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya, seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.selan itu, menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. 1.2 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer. Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki. Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion kepelajaran. Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan pelajar-pelajar menpelajarskannya. Oleh itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan.
|
![]() Selamat Datang ke blog kami. Blog ini disediakan oleh SALWA MOHD SYUKRI, NUR LIYANA ATHIRAH RASID dan SITI NOOR SYUHADA MOHD NOOR. Blog ini berkaitan KEMAHIRAN GENERIK(GKB 1053) bold italic underline ![]() Put your cbox code here ! :) ![]() ![]() Owner: CEMPAKA |