Kemahiran kerja berkumpulan
Tuesday, 26 September 2017 • September 26, 2017 • 0 comments
dimuat naik oleh : liyana
Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.
· Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
· Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
· Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
· Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
· Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan
KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
1. Kebolehan membina kerja berpasukan untuk mencapai objektif yang sama. (bina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka)
2. Kebolehan untuk menjadi pemimpin dan pengikut.
3. Kebolehan menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain.
4. Kebolehan menerima kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan
5. Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
6. Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
7. Berkebolehan membantu rakan-rakan lain secara proaktif
Budaya Kerja Berpasukan Dalam Organisasi
ü Membina pasukan yang mantap sangat penting bagi sesebuah organisasi
ü Pasukan yang mantap dapat menyumbang kepada produktiviti dan perkhidmatan yang berkualiti sesebuah organisasi.
ü Budaya kerja adalah cara kerja yang berdasarkan suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap staf dalam organisasi
ü Nilai ialah sesuatu yang dipegang oleh organisasi itu, ia diterima oleh seluruh masyarakat dalam organisasi itu. Jika apa yangdipegang oleh organisai itu adalah Baik, maka nilai itu adalah baik atau positif. Jika tidak ia dianggap tidak baik atau negatif dan akan ditolak.
ü Jumlah kesemua nilai yang diamalkan / dihayati dalam kerja kita itu dikatakan budaya kerja.
DEFINISI KERJA BERPASUKAN
SUASANA KERJA DALAM PASUKAN YANG MENGAMALKAN PENDEKATAN PENGLIBATAN BERSAMA, PERKONGSIAN IDEA DALAM MENCAPAI SATU MATLAMAT YANG SAMA
BAGAIMANA MEMBENTUK PASUKAN
ü Setiap orang dianggap sama penting dengan setiap orang lain
ü Setiap keputusan dibuat berdasarkan syura
ü Sifat percaya mempercayai, hormat menghormati sentiasa wujud di kalangan setiap anggota organisasi
ü Setiap orang diberikan kebebasan untuk menggunakan kreativitinya, kemampuanya, kepakaranya, kehandalannya, kelebihanya untuk menghasilkan kerja dengan cara tersendiri
ü Sentiasa wujud suasana mesra antara ahli kumpulan
ü Masing-masing bangga dengan hasil kerja pasukan, bangga dengan pencapaian organisasi
FAEDAH KERJA BERPASUKAN
ü Memupuk kebolehan berkomunikasi , kemahiran mengurusdan kemahiran memimpin di kalangan pekerja
ü Mendorong dan membantu memperkembangkan sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu dikalangan
ü pekerja
ü Melahirkan perasaan bangga dan minat untuk meneroka idea-idea baru dan kesediaan menerima perubahan di
ü kalangan pekerja,
ü Melahirkan pekerja yang berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kolektif dan sistematik terutama perkara-perkara yang membabitkan kerja mereka sendiri,
ü Memberi peluang dan kesempatan kepada pekerja menyertai proses membuat keputusan terutama perkara perkara yang membabitkan kepentingan dan tugas-tugas harian mereka
ü Mengurangkan krisis dan konflik dan mewujudkan suasana harmoni dan selesa
|
![]() Selamat Datang ke blog kami. Blog ini disediakan oleh SALWA MOHD SYUKRI, NUR LIYANA ATHIRAH RASID dan SITI NOOR SYUHADA MOHD NOOR. Blog ini berkaitan KEMAHIRAN GENERIK(GKB 1053) bold italic underline ![]() Put your cbox code here ! :) ![]() ![]() Owner: CEMPAKA |